Sejarah PPDL

Ditulis oleh Super User. Posted in Profil

Langkawi terdiri daripada 99 buah pulau tropika. Terletak 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah di tanah besar. Keluasan tanah Langkawi adalah lebih kurang 478 km persegi. Langkawi Geopark telah secara rasmi diiktiraf oleh UNESCO pada 1 Jun 2007. Langkawi Geopark merupakan geopark Malaysia yang      pertama terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Mendapat nama daripada gabungan nama ‘helang’ dan ‘batu kawi’ yang banyak     terdapat di sini, Langkawi terbahagi kepada 6 mukim iaitu, mukim   Kedawang, mukim Ayer Hangat, mukim Bohor, mukim Padang Matsirat, mukim Kuah dan mukim Ayer Hangat. 

Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi distruktur semula pada 1 Jun 1982 dengan visi, ‘Bahawa Sesungguhnya Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi adalah ke arah Kecemerlangan Pendidikan Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020’. Pada Tanggal 01.06.1982 PPD Langkawi dibuka dengan rasminya dengan diterajui oleh Tuan Haji Abdul Manaf bin Ahmad selaku PPD Pertama setelah dipisahkan dari PPD Kubang Pasu. Pada tahun 2010 PPD Langkawi telah berpindah ke tempat sekarang yang mana sebelum ini menggunakan tanah Sekolah Kebangsaan Langkawi.

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi
Lebuh Dahlia, Bandaraya Pelancongan,
07000 Langkawi, Kedah
Tel : 04-9666294   Fax : 04-9660664
email :
ppd.lkwi@gmail.com
adminppdlkwi@moe.gov.my

Peta Lokasi